Friday, April 15, 2016

Prosedur Penilaian Formatif

1) Menentukan topik pembelajaran.
  • Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.
  • Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
  • Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
  • Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
  • Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.


2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
  • Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.
  • Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
  • Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.


3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
  • Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
  • Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.


4) Membentuk soalan ujian.
  • Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
  • Setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.


5) Mencadangkan langkah susulan.
  • Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.
  • Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
  • Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

No comments:

Post a Comment